DMO - Sudut Rekreasi - Torpedo
Dunia Maya Oozie
 
Daftar
Rujuk
Abadikan kunjungan anda. Isikan daftar tetamu ini. 
Luangkan sedikit masa. Semaklah daftar tetamu ini.
Dreambook
 

Applet ini adalah ikhsan Ed Hobbs

BAGAIMANA UNTUK BERMAIN?

Torpedo merupakan sejenis permainan yang amat menyeronokkan. Ia dilengkapi dengan audio dan grafiks hebat bertaraf professional. Anda pasti akan terpesona!

Anda bermula dengan 3 buah kapalselam. Gunakan tetikus untuk mengawal arah laluan kapalselam, tekan butang tetikus untuk melancarkan torpedo ke atas ke arah kapal-kapal yang belayar di permukaan laut sementara kekunci 'SPACEBAR' digunakan untuk melancarkan torpedo ke arah hadapan. Oleh kerana pengisian semula torpedo mengambil masa, anda hanya dibolehkan melancarkan sebiji torpedo sahaja ke satu arah pada satu masa.

Sebagai kapten, anda perlu memusnahkan kesemua 10 buah kapal dagang yang belayar di permukaan laut untuk membolehkan anda melakukan misi seterusnya. Jangan tembak kapal hospital. Ia adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan anda bakal menerima akibatnya dengan segera. Pengawalan kapalselam yang cekap adalah amat penting pada misi-misi yang berikutnya untuk membolehkan anda mengelakkan letupan bahan letupan bawah laut, serangan torpedo serta jerangkap samar magnetik.

Oleh kerana kapalselam anda hanya berupaya membawa bekalan bahanapi dan torpedo yang terhad, anda perlu melakukan pengisian semula dengan kerap. Sebuah kapalselam bekalan akan melalui berhampiran anda dan melepaskan seekor ikan lumba-lumba terlatih yang membawa bersamanya bekalan bahanapi dan torpedo. Dengan membuat hubungan denagn ikan lumba-lumba tersebut, anda akan mendapat yang diperlukan oleh kapalselam anda. Apa juga yang anda lakukan, jangan sesekali menembak ikan lumba-lumba ini! Ia mempunyai banyak kawan di dalam laut ini dan mereka pastinya tidak akan menyukai apa yang anda lakukan.

Untuk pengalaman yang hebat, pastikan sistem komputer anda mempunyai sistem audio yang juga hebat. Tidak ada had masa ditetapkan, dari itu anda boleh menikmati keseronokan yang berpanjangan.


Jalinan Warga Komuniti Dunia Maya Oozie


DuniaMayaOozie - Rekacipta dan Hakmilik Terpelihara © Oozie 1997, 1998